FAM Perlu Di Rombak, Bagaimana ??

Current FAM Management http://www.fam.org.my/famframe.html

President: Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar
Deputy President 1: Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah
Deputy President 2: Dato' Redzuan bin Tan Sri Sheikh Ahmad
Vice President 1: Dato' Raja Ahmad Zainuddin Raja Haji Omar
Vice President 2: Dato' Jamal Nasir Rasdi
Vice President 3: Datuk Anifah Aman
General Secretary: Dato' Seri Dr. Ibrahim Saad

Dan kita boleh membandingkan bagaimana English Football Association menguruskan struktur organisasinya di laman web http://www.thefa.com/TheFA/TheOrganisation/Postings/2004/03/The_Council.htm

atau Deutscher Fussball-Bund (Germans Football Association) di laman web http://www.dfb.de/index.php?id=311004

Ternyata jauh berbeza gaya dan keupayaan pasukan pengurusan FAM jika dibandingkan dengan FA atau DFB. FAM patut mengakui bahawa FAM terlalu lemah menguruskan pasukan bola sepak Malaysia. Perancangan dan Pembangunan bola sepak Malaysia yang diterajui oleh FAM selama ini telah gagal. Barisan FAM dari Deputy President 2 hingga ke Secretary General patut meletakkan jawatan. Komitmen mereka terhadap bola sepak Malaysia tidak seratus peratus. Mereka mempunyai komitmen lain di dalam arena politik. Biarlah muka-muka ini berjuang di dalam arena politik sahaja dan beri peluang kepada mereka-mereka yang benar-benar mengabdikan diri mereka kepada pembangunan bola sepak menerajui FAM.

Pada hemat saya, Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Abdullah perlu terus menerajui FAM dan ianya masih relevan. Yang perlu dirombak adalah barisan komiti yang lain. Sepatutnya, 15 tahun dahulu, FAM sudah menyerapkan Ghani Minhat di dalam pengurusan tertinggi FAM. Selain dari itu, Dato' Soh Chin Aun, Dato' Del Akbar Khan, Zainal Abidin, Shebby Singh, Santokh Singh dan Dollah Salleh juga telah lama diserap di dalam pasukan pengurusan FAM. Mereka ini lebih memahami bola sepak berbanding ahli-ahli politik FAM.

Kelab-kelab gergasi bola sepak, lebih menaruh kepercayaan kepada bekas pemain bola sepak bagi menguruskan pasukan bola sepak gergasi. Mereka ini adalah jurulatih merangkap pengurus pasukan. Nama-nama besar seperti Franz Beckenbauer, Alex Furgeson, adalah bekas pemain bola sepak. Malangnya di FAM, jurulatih dan pengurus pasukan adalah dua individu yang berbeza. Pengurus pasukan biasanya adalah ahli politik atau menteri besar. Jawatan jurulatih diletakkan dibahu jurulatih proffesional atau bekas pemain yang hebat. Pengurus pasukan (ahli politik) juga mempunyai pengaruh di dalam menentukan pemilihan pemain. Ini adalah suatu kesilapan yang besar didalam pengurusan bola sepak. Biarlah Menteri besar menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengurusan negeri dan karier politik.

Suara-suara penafian atau mempertahankan keputusan dari FAM dilihat kelemahan besar FAM. Ternyata FAM sudah gagal tak perlu menafikannya lagi. Segala usaha FAM selama ini terbukti gagal. Mereka perlu berundur dari jawatan. Saya percaya, perubahan drastik pengurusan FAM mampu membawa perubahan kepada kemajuan bola sepak Malaysia. Kenapa mereka (ahli politik FAM) perlu pertahankan jawatan mereka. Apa rasionalnya mereka duduk dikerusi FAM sedangkan segala perancangan dan usaha mereka telah gagal. Mereka telah gagal tetapi masih cuba menafikan yang mereka telah gagal. Sedangkan bukti sudah didepan mata. Bola Sepak Malaysia sudah tidak kemana dan tidak dihormati lagi. Jika mereka masih berdegil untuk mempertahan kedudukan mereka di dalam FAM, mereka patut dibicarakan dikhalayak umum secara terbuka (Public Trial). Mereka perlu menjawab, bagaimana mereka menguruskan FAM.

Bagaimana FAM perlu dirombak ? Semua orang bercakap FAM perlu dirombak, tetapi bagaimana is perlu dirombak.

1. Sultan Haji Ahmad Shah dan Tengku Abdullah perlu mengekalkan jawatan.
2. Selain dari perkara 1, pengurusan tertinggi perlu meletakkan jawatan.
3. Dato' Dell Akhbar Khan atau Prof. Khoo So Koon perlu mempengerusi suatu badan bebas bagi melantik ahli lembaga baru.
4. Jawatan Kuasa Bebas ini perlu mengubah struktur organisasi sedia ada mengikut keperluan pembangunan bola sepak moden. Seperti mewujudkan beberapa jawatan pengerusi teknikal yang mempunyai kuasa yang sama seperti naib president. Jawatan pengerusi teknikal perlu diisi oleh bekas jagoan kebangsaan.

Mereka yang bakal menerajui FAM perlulah dikalangan ahli proffesional seperti pemain bola sepak profesional, ahli akademik sukan, penyelidik sains sukan, jurulatih proffesional, pengadil professional, jurulatih/pengurus kelab gergasi atau negeri, ahli koperat yang berkaitan dengan pembangunan sukan, atau tokoh profesional di dalam bidang pengurusan. Adakah kita ketandusan orang-orang seperti ini ? Saya rasa tidak. Malaysia mempunyai penduduk seramai 25 juta. Sedangkan Negara sekecil Trinidad n Tobago mampu menguruskan pasukan mereka hingga ke World Cup.

Usaha sama dengan kelab-kelab luar atau pengurusan bola sepak luar amat dialu-alukan. Bola sepak Malaysia sudah jauh ketinggalan. Kita perlu bermula dari awal. Kita merangkak, bertatih, berjalan sebelum kita berlari semula.

Lihat pembangunan bola sepak Vietnam (negara lepas perang)... mengkagumkan. Lihat sejarah bola sepak kita, kita terus merosot dan terus merudum hingga ke tahap yang memalukan. Jika FAM benar-benar ingin mengembalikan meruah bola sepak Malaysia. Lepaskanlah jawatan. Jangan kata "meletak jawatan akan menyelesaikan masalah". Itu kata-kata anda. Anda takut, jika meletakkan jawatan itu adalah suatu keputusan yang tepat. Saya selaku peminat bola, ingin memberi nasihat kepada ahli politik FAM,

ANDA TELAH GAGAL MAKA AKUI KEGAGALAN ANDA,
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment