BERCAKAP DENGAN FAM, BAGAIKAN MENCURAH AIR KE DAUN KELADI



Luahan admin Page Harimau Malaya

Sebagai admin kepada page yang mempunyai lebih 1.3 juta likers, admin harus memikul tanggungjawab dalam menyebarkan berita yang sahih dan tepat di samping meniup semangat Harimau Malaya dalam diri kalian.

Walau bagaimanapun, kadang-kadang admin rasakan segala usaha yang dilakukan oleh barisan admin seolah-olah satu perbuatan yang sia-sia. Mana tidaknya, sehingga kini FAM masih melaksanakan langkah yang bertentangan dengan idea-idea dan cadangan yang kita lontarkan. Pendek kata, mereka tidak mendengar luahan dan cadangan kita.

Bilakah kali terakhir anda setuju dengan sebarang langkah yang diambil oleh FAM untuk memajukan bola kita? FAM harus sedar, dunia bola sudah berbeza. Sampai bila kita harus berada di takuk lama. Adakah wang yang menjadi penghalang anda untuk bangunkan bola kita? Bukankah anda juga seorang rakyat Malaysia? Tidakkah kamu bangga jika suatu hari nanti kita peroleh kejayaan di peringkat ASIA dan DUNIA hasil dari tangan kamu?
Sedarlah anda wahai FAM.

Bola Sepak Malaysia bukan milik anda.Ianya adalah milik 29 juta warga Malaysia yang sudah bosan dengan karenah anda. Sedarlah wahai FAM.....

Happy Holiday !!
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment