Idea Bernas dari Admin Harimau Malaya



Ini adalah pandangan bebas dari salah seorang admin page Harimau Malaya. Idea untuk Sistem ejen ini amat penting dan wajar diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi

Assalamualaikum wbt.

10 Januari 2015, 2:30 pm

Utk post ini, penulis ingin membincangkan mengenai satu sistem yang telah lama diadakan di kebanyakan liga bola sepak utama di dunia namun tiada lagi di bola sepak kita. Sistem ini boleh membantu pemain-pemain bola sepak tanah air untuk memajukan & mengembangkan lagi bakat bola sepak mereka, khususnya ke luar negara.

Penulis ingin mencadangkan supaya setiap pemain bola sepak di negara ini mempunyai agent bola sepak masing-masing. Ketika ini penulis merasakan bahawa pemain-pemain di liga M tiada agent masing-masing. Semua tawaran ke atas pemain akan dibuat terus kepada FA Negeri, dan urusan kontrak pemain juga diuruskan oleh pihak pengurusan pasukan. Tetapi kekurangannya adalah pemain tidak boleh mempromosi atau menjual bakat mereka ke luar negara kecuali jika bermain & menyerlah di peringkat antarabangsa.

Jika di luar negara, pemain berumur 17 tahun pun sudah ada ejen masing-masing. Tugas agent ini adalah untuk mempromosi bakat pemain di bawah jagaan mereka. 1 agent mungkin menjaga lebih kurang 10 players di luar negara. Mereka juga sudah ada contact dengan mana-mana kelab luar negara serta mengetahui jika ada kelab sedang mencari pemain. Di situ pemain akan dihubungi utk datang ke kelab utk menjalani selection utk menentukan sama ada layak atau tidak utk dipilih bermain di kelab mereka. Agent ini juga menjadi orang tengah utk berbincang mengenai gaji pemain, tempoh kontrak, yuran perpindahan, bonus-bonus tahunan dan juga peranan pemain dalam skuad, sekaligus membantu untuk menjaga hak mereka sebagai pemain.

Implikasinya, jika 1 pemain ada 1 agent, liga M dilihat lebih professional kerana para pemain bukan sahaja boleh menjual bakat masing-masing di dalam Liga M malah keluar negara. Sampai bila kita hendak mengimport pemain luar tanpa mengeksport bakat yang ada di liga kita sendiri?

Ia juga boleh membantu FAM membendung gejala u-turn yang sering berlaku sewaktu jendela perpindahan pemain Liga M. Ini adalah kerana apabila seseorang pemain ini telah menandatangani kontrak dengan mana-mana pasukan, pemain tersebut adalah terikat dengan pasukan berkenaan dan perlu mematuhi terma-terma di dalam kontrak berkenaan serta tidak melanggar mana-mana terma di dalam kontrak tersebut.

Pandangan anda?

Kami dari bilik Sukan, RawangPost menyokong idea ini.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment