Perkembangan Terkini Squad Sabah & Sarawak

Sarawak Sedia Gegar , Sabah Mahu Pamer Kejutan



Pasukan yang terkenal dengan jolokan Ngap Sayot , Sarawak FA bersedia untuk memberi cabaran sengit kepada pesaing2 lain di dalam Liga Super 2015 dengan melakukan beberapa rombakan di antara pemain2nya. Mengekalkan jurulatih musim lepas, Robert Alberts , Sarawak bakal diperkuatkan dengan pemain2 berkaliber seperti Joseph Kalang Tie , Billy Mehmet , Ashri Chuchu dan Ronny Harun.

Manakala Sabah yang bakal bersaing dalam Liga Premier membuat pelaburan besar dengan membawa masuk bekas penyerang Liverpool , El Hadji Diouf dan bekas pertahanan kental Abdulaye Faye, bekas pemain Hull City dan Bolton selain diperkuatkan dengan dua bekas pemain Harimau Muda Izuan Salahudin dan Maxius Musa. Pemain2 tempatan yang berbakat seperti Rozaimi Rahman, Alto Linus, Hardy Charles Parsi dan bekas penyerang Perak dan Kedah, Shafiq Jamal juga tidak kurang hebatnya. Sabah turut diramalkan sebagai antara pencabar utama kejuaraan Liga Premier musim ini.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment