Selamat hari ulang tahun ke 5 Boys of Straits (B.O.S)


Selamat hari ulang tahun kelima Boys of Straits (dahulunya Southern Troop Ultras)

Boys of Straits (B.O.S) ditubohkan pada tahun 2010 oleh sekumpulan anak Johor yang bergiat aktif di dalam forum HMC. Dahulunya dikenali sebagai Southern Troop Ultras dan ditukar nama ke Boys of Straits pada penghujong tahun 2011.

Semakin hari semakin membesar pergerakan ini dari 7-8 orang hinggalah memenuhi teres di belakang gol. Terima kaseh kepada semua fans Johor yang sanggup berjuang bersama B.O.S. Walaupun pada waktu awal penubuhannya dahulu dianggap sebagai kerja gila kerana menyokong bolasepak Johor, akhirnya semakin ramai merasa bangga menjadi sebahagian daripada B.O.S.

Semoga usaha para perintis B.O.S diberkati olehNya untuk kalian yang masih setia.

"Luaskan Kuasamu Johor"
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment