Jonathan McKain gagal menyerlah


Pengendali Kelantan, Azraai Khor Abdullah menyifatkan pertukaran taktikal di babak kedua membolehkan pasukannya bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan, dalam aksi berdepan Sime Darby.

Bagi Azraai, awang import Jonathan McKain gagal menyerlah selaku pemain tengah pada Selasa.

Hanya selepas McKain dikeluarkan dan Norhafiz Zamani Misbah beraksi di posisi itu, ia membolehkan Kelantan lebih menguasai bahagian tengah.

Azraai kini mahu, barisan pemain Kelantan untuk menggandakan usaha sebelum aksi Liga Super berdepan Lions XII di Stadium Jalan Besar pada 4 Julai.

Dalam pada itu, pengendali Sime Darby, Ismail Zakaria menyifatkan kesilapan pertahanan import, Ivan Dragicevic membolehkan lawan menyamakan kedudukan.

SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment