Nazmi Faiz harus dihantar pulang daripada Sukan SEA


Pemain tengah skuad Harimau Muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor harus dihantar pulang daripada Sukan SEA Singapura kerana perbuatan meludah pemain Timor Leste pada perlawanan sulung Kumpulan B, Sabtu lepas.

Ketua Kontinjen Negara, Datuk Seri Mohammad Norza Zakaria berkata tindakan tegas seperti itu akan menjadi pengajaran kepada atlet lain supaya lebih berdisiplin ketika mewakili negara di pertandingan antarabangsa.

Tindakan Nazmi meludah Filipe Oliveira pada minit ke-31 perlawanan menyebabkan beliau dibuang padang oleh pengadil, sekali gus menjejaskan rentak skuad negara yang terpaksa bermain dengan 10 pemain.

Pada perlawanan tersebut, skuad negara Bawah 23 Tahun, bimbingan Datuk Ong Kim Swee itu sekadar menang tipis 1-0.

"Saya rasa dia (Nazmi Faiz) sepatutnya dihantar pulang. Saya sudah memaklumkan kepada Kim Swee untuk mengambil tindakan sewajar...jika dia (Kim Swee) rasa perlu hantar balik, maka dia perlu berbuat demikian," katanya ketika mengulas tindakan pemain itu.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment