Tom Byer puji pasukan bola sepak B13 Malaysia


Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-13 menerima pujian daripada jurulatih terkenal di Asia, Tom Byer.

Menerusi Twitter, Byer bangga dengan pencapaian pasukan negara, dan berkata mereka merupakan harapan negara.

“Pasukan Malaysia Bawah-13 menang menentang Atletico Madrid membuktikan pemain muda Gabungan Bola Sepak Asia (AFC) boleh bermain.

“Fokus kepada belia, mereka adalah harapan masa depan,” tulis Byer di Twitter.

Beliau juga menyeru untuk Malaysia memberi fokus kepada program bola sepak belia.

Kata Byer, jika pasukan Bawah-16 boleh mendapat ‘Top 4’ ia sekaligus layak untuk Piala Dunia FIFA Bawah=17 setiap dua tahun.

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-13 menang 1-0 menentang Atletico Madrid Bawah-13 pada perlawanan pembukaan IberCup di Costa del Sol, Sepanyol.

Danial Amali menjaringkan gol pada minit ke-38.

IberCup merupakan kejohonan penting bagi pasukan belia, dimana Malaysia ditempatkan di Kumpulan D sama dengan Atletico dari Sepanyol dan SL Olivais dan CF “Os Belenenses” G dari Portugal.

Perlawanan kedua Malaysia dijadual berlangsung malam ini, menentang SL Olivais.


Read more at: http://www.astroawani.com/berita-sukan/tom-byer-puji-pasukan-bola-sepak-bawah-13-seru-fokus-pada-generasi-muda-63565?cp
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment