Selangor larang pemainnya sertai skuad Dollah menentang Liverpool


"Kami kemungkinan tidak membenarkan pemain kami beraksi bersama pasukan kebangsaan pada pertemuan persahatan dengan Liverpool FC," Itu ketegasan yang disuarakan pengurus pasukan Selangor, Amirudin Shari selepas menilai jadual perlawanan yang agak padat babitkan pemainnya.

Selepas terpaksa mengharungi 5 perlawanan sepanjang bulan Ramadan ia jelas bukan satu situasi yang membantu buat pasukan Selangor. Terutama dalam usaha mengutip mata bagi memperbaiki kedudukan mereka dalam saingan Liga Super.

Dan yang terbaru, 3 pemainnya, Afiq Azmi, Ahmad Hazwan Bakri dan Robert Cornthwaite tersenarai dalam skuad kebangsaan bagi pertemuan dengan Liverpool.

Tanpa berselindung, Amiruddin menyuarakan kemungkinan tidak melepaskan pemain menyertai skuad kendalian Dollah Salleh.

Amiruddin menjelaskan andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengatur jadual yang lebih terancang mungkin situasi sedemikian tidak timbul.

Baginya, memikul amanah selaku pengurus dia kini bertanggungjawab dalam menjaga prestasi pemain Selangor.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment