Terima kasih TMJ Kerana Menjadi Pencetus Revolusi Bola Sepak


Pengikut media sosial hari ini telah dikejutkan dengan berita peletakan jawatan DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (Johor FA) melalui satu kenyataan media.

Pengisytiharaan yang dibuat oleh Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor, Mohd Fahmy Yahya nampaknya telah mengundang pelbagai reaksi daripada para netizen.

Rata-rata pengamal media sosial melahirkan rasa kecewa mereka terhadap keputusan TMJ yang mengejutkan ini. Malah, ramai juga yang mengucapkan terima kasih kepada TMJ kerana menjadi pencetus revolusi bola sepak dalam negara dengan pendekatan yang lebih professional dalam pengurusan Kelab Bola Sepak di Malaysia.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment