Zulfadli jadi harapan menyambung legasi Lee Chong Wei


Pemain perseorangan negara Zulfadli Zulkifli sedang menikmati momentum baik ketika ini di Kejohanan Badminton Dunia yang sedang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Walaupun tidak diberi harapan tinggi untuk melakar sesuatu seperti diperkatakan Pengarah Teknikal Morten Frost sebelum ini namun atlit berusia 22 tahun itu telah menampilkan aksi cukup baik untuk mara ke pusingan ketiga.

Zulfadli mencipta kejutan dipusingan pertama apabila menewaskan pilihan keenam kejohanan Chou Tien Chen dari Taipei sebelum mengulangi kejayaan menundukan wakil Ireland Scott Evans.

Hari ini Zulfadli bakal turun berdepan Wei Nan dari Hong Kong.

Keputusan Frost untuk membawa Zulfadli ternyata membuahkan hasil ketika ini tatkala Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mula ketandusan pemain perseorangan berkaliber untuk menggantikan Datuk Lee Chong Wei yang semakin berusia.

Sejauh mana pun perjalanan Zulfadli di Kejohanan Dunia, diharapakan pemain yang dilahirkan di Los Angeles Amerika Syarikat itu mampu mengutip pengalaman bernilai di Indonesia sekaligus menjadi harapan negara untuk menyambung legasi Chong Wei dipentas dunia.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment