4 import Australia tunjang utama Negeri Sembilan


Kepimpinan dan karisma dimiliki oleh pertahanan dari Australia, Taylor Regan, buatkan Negeri Sembilan beri kepercayaan kepadanya dilantik selaku ketua pasukan.

Hadir dengan reputasi tinggi, Regan merupakan bekas ketua pasukan kelab Liga Australia, Newcastle Jets FC, dan pernah diangkat selaku pemain pilihan peminat 2015.

Atas faktor pengalaman tersebut, Regan diberi peranan cukup berat bimbing sebahagian besar pemain muda walaupun baharu sahaja sertai pasukan.

"Mereka muda tetapi pada masa sama jika kita melihat apa yang berlaku di sekitar Liga Eropah pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi telah beraksi bersama pasukan utama diusia 17 dan 18 tahun jadi diikutkan mereka tidak boleh dianggap sebagai pemain muda," jelasnya.

Hanya satu sahaja sasaran Regan iaitu bawa Negeri Sembilan buru kejuaraan Liga Perdana atau sekurang-kurangnya ke Liga Super pada 2017.

Walaupun ramai pihak luar yang mungkin pandang rendah keupayaan skuad Hobin Jang Hobin, dia berkata keupayaan pemain muda dalam pasukan begitu baik.

"Negeri Sembilan merupakan kelab besar dan untuk dinamakan sebagai kapten sememangnya satu penghormatan tetapi ia tidak membawa makna apa-apa sekiranya kami gagal mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya.

Selain Regan, Negeri Sembilan turut bawa tiga lagi pemain import dari Australia iaitu Joel Chianese, Andrew Nabbout dan Alex Smith.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment