Liverpool ikat Arsenal, Leicester kembali


PENDAHULU Liga Perdana Inggeris, Arsenal terpaksa menerima hakikat selepas keputusan seri 3-3 menentang Liverpool di Anfield membuka ruang kepada Leicester City kembali ke persada liga hanya dibezakan oleh perbezaan gol.

Skuad bimbingan Jurgen Klopp bermula dengan baik dan memecahkan kebuntuan pada minit ke-10 menerusi Roberto Firmino namun Arsenal enggan tersentak, membalas menerusi pemain tengah Aaron Ramsey.

Sekali lagi, percubaan Firmino melepasi penjaga gol Petr Cech untuk beri pendahuluan kepada The Reds sebelum penyerang utama Arsenal, Olivier Giroud menyamakan kedudukan buat kali kedua menerusi pergerakan daripada sepakan sudut.

Gol kedua penyerang Perancis itu kelihatan seperti gol pemenang namun pemain gantian Joe Allen muncul wira untuk menyelamatkan pasukannya pada saat-saat terakhir perlawanan.

Sementara itu, tandukan veteran Leicester City, Robert Huth memberi kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspurs sekali gus menyaksikan The Foxes ikat Arsenal di persada liga.

Keududukan EPL terkini menyaksikan Arsenal mendahului Leicester hanya menerusi perbezaan gol diikuti Manchester City yang kekal di tempat ketiga selepas gagal mengenepikan Everton.

Liverpool terus menghuni tempat ke-9 namun hanya 5 mata membezakannya dengan tempat ke-4 yang diduduki Tottenham Hotspurs selepas 21 perlawanan setakat ini.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment