Mampukah Chong Wei tumbangkan Lin Dan di Olimpik kali ini?


PEMAIN badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dalam misi membalas dua kekalahan Olimpik akhir di tangan seterunya Lin Dan dari China apabila mereka bertemu dalam perlawanan separuh akhir pada Jumaat.

Walau muncul sebagai antara bintang badminton paling berjaya, Chong Wei tidak pernah memenangi kejohanan dunia atau Olimpik.

Jika Chong Wei berjaya menumbangkan ‘Super Dan’ dalam percubaan ketiganya di gelanggang Olimpik, dia mara selangkah lagi dalam pemburuan pingat emas yang masih belum pernah dimenangi Malaysia.

“Sekarang saya fikir tentang Lin Dan,” ujar Chong Wei pada Rabu selepas menumpaskan pemain Taiwan Chou Tien-chen 21-9, 21-15 dalam masa 42 minit.

Pemain berusia 33 tahun itu telah berusaha gigih untuk kembali mengungguli takhta badminton dunia selepas menjalani penggantungan akibat kes doping tahun lalu.

Penggantungan itu nyata tidak melunturkan prestasi dan dia kembali mempamerkan aksi terbaik bahkan layak ke separuh akhir Olimpik kali ini tanpa tewas walau satu set.

Namun perlawanan pada Jumaat membawa cabaran berbeza.

Lin Dan menumbangkan Chong Wei 21-12, 21-8 di bumi China lantas muncul juara Olimpik buat kali pertama.

Empat tahun kemudian, perlawanan mereka lebih sengit. Chong Wei menang set pertama 21-15 namun bintang negara sekali lagi pulang dengan pingat perak selepas tumbang dalam dua set berikutnya 21-10, 21-19.

Pertarungan hari ini berkemungkinan besar menjadi perlawanan terakhir antara kedua-dua pemain di gelanggang Olimpik memandangkan mereka dijangka sudah bersara apabila Tokyo menjadi tuan rumah pada tahun 2020.

Siapa yang bakal mara ke perlawanan akhir?
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment