'Gol ajaib' Faiz Subri tersenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA


KUALA LUMPUR: Pemain bola sepak Pulau Pinang Mohd Faiz Subri disenarai pendek untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, sekaligus menyertai senarai 10 pemain bola sepak yang tercalon untuk anugerah yang mengiktiraf gol terbaik daripada puluhan ribu jaringan gol sepanjang tahun.

Ketika aksi Liga Super di Stadium Bandaraya pada Februari lepas, gol hasil sepakan percuma yang dilakukan Mohd Faiz dari jarak 35 meter melencong masuk ke gawang gol ketika membantu Pulau Pinang menang 4-1 ke atas Pahang.


Berikut 10 jaringan yang calonkan bagi Anugerah Puskas FIFA 2016:
  1. Mario Gaspar (Sepanyol) - 13.11.2015, Spain V England, persahabatan antarabangsa
  2. Hlompho Kekana (Afrika Selatan) - 26.03.2016, Cameroon V South Africa, Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika
  3. Marlone (Brazil) - 21.04.2016, Corinthians V Cobresal, Copa Libertadores
  4. Lionel Messi (Argentina) - 21.06.2016, USA V Argentina, Separuh akhir Copa América Centenario
  5. Neymar (Brazil) - 08.11.2015, Barcelona V Villarreal, La Liga
  6. Saúl Ñíguez (Sepanyol) - 27.04.2016, Atlético Madrid V Bayern Munich, Liga Juara-Juara Eropah
  7. Hal Robson-Kanu (Wales) - 01.07.2016, Wales V Belgium, EURO 2016
  8. Daniuska Rodríguez (Venezuela) - 14.03.2016, Venezuela V Colombia, Kejohanan Bola sepak Wanita B-17 Amerika Selatan
  9. Simon Skrabb (Finland) - 31.10.2015, Gefle V Åtvidaberg, Liga Allsvenskan, Sweden
  10. Mohd Faiz Subri (Malaysia) - 16.02.2016, Penang V. Pahang, Liga Super Malaysia


SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment