Thailand pertahan kejuaraan Piala AFF Suzuki 2016


BANGKOK: Skuad Thailand mengenepikan defisit gol 1-2 untuk muncul juara Piala AFF Suzuki 2016 apabila membenam pasukan pelawat Indonesia 2-0 pada perlawanan akhir timbal balik malam ini.

Dalam aksi dihadapan penyokiong tuan rumah di Bangkok, pertahanan baik skuad Gajah Perang menyaksikan asakan demi asakan oleh Indonesia gagal membuahkan hasil.

Sebaliknya Thailand yang berjaya menyamakan agregat dengan membuka gol pada minit ke 37 menerusi Siroch Chatthong.

Bersambung babak kedua, tuah terus berpihak tuan rumah, apabila Siroch meraih gol peribadi kedua sejurus bermula babak kedua.

Usaha Indonesia untuk merapatkan jurang menemui jalan buntu, kedudukan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus Thailand mempertahan kejuaraan buat kali kedua berturut-turut.
SHARE
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
    Blogger Comment
    Facebook Comment